Kertas buangan, agen pelunturan yang berkarsinogen, agen fluoresen dan sebagainya merupakan bahan mentah yang diproses menjadi tuala wanita pakai buang di pasaran Malaysia. Kertas buangan termasuklah kertas kitar semula, kertas tebal, kotak dan pulpa kayu yang telah menyembunyikan bakteria serta kuman yang merbahaya. Kertas dan pulpa kayu yang telah dilembutkan akan melalui proses pelunturan berklorin. Sejenis toksin yang dinamakan DIOKSIN akan terhasil dalam proses pelunturan berklorin ini. Setelah proses-proses ini selesai, terhasillah produk pakai buang wanita seperti tuala wanita, pantiliner dan tampon.
Kesan ketoksidan DIOKSIN amat kuat, ia adalah 130 kali ganda lebih bertoksik berbanding sianida (cyanide) dan 900 kali ganda lebih bertoksik berbanding arsenik (arsenic). Pusat penyelidikan kanser antarabangsa telah mengelaskan DIOKSIN sebagai karsinogen (bahan penyebab kanser) kelas pertama kepada manusia. Kajian perubatan membuktikan bahawa walaupun kandungan DIOKSIN dalam tahap yang rendah, ia masih berupaya menyebabkan kanser payudara, kanser usus, endometriosis, kanser ovari, kemandulan, keguguran dan masalah sakit puan yang lain.